Tentang Kami

Visi DAN MISI

Meletakkan hak pada yang berhak

Sejarah Penubuhan Firma

Tetuan Nooraizan & Partners ditubuhkan pada 29 April 2000 bersama 3 orang rakan kongsi pada peringkat awal. Lokasi pertama pejabat kami di Seksyen 19, Shah Alam dan kemudian, kami berpindah ke Jalan Othman, Petaling Jaya. Kemudian, kami berpindah ke Taman TTDI Jaya, Shah Alam dan beroperasi sehingga sekarang.

Tetuan Nooraizan & Partners kini dikendalikan oleh Tuan Mohd Nooraizan Bin Md Idros sebagai Peguam Syarie bertauliah dan dibantu oleh 3 orang pelatih dalam kamar.

KENALI Peguam Syarie

Tuan Mohd Nooraizan Bin Md Idros

Tarikh Lahir: 16 Mac 1976

Asal: Selangor

Pendidikan

SK Labohan Dagang, Banting, Selangor

Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah

Kolej Islam Klang

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah)

  • Diploma Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam (1999)
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) (2010)

Pengalaman

Beramal sebagai peguam syarie sejak tahun 2000 di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Guaman Syarie Malaysia (PGSM) | 2004-2017

Exco Persatuan Guaman Syarie Malaysia (PGSM) | 2018-2020


Peranan Peguam Syarie

Peguam Syarie membantu pelanggan menguruskan kes di Mahkamah dengan mengendalikan kes pelanggan dari awal sehingga akhir perbicaraan dengan usaha membentangkan fakta, keterangan, bukti dan saksi yang meyakinkan Mahkamah bagi mendapatkan keputusan yang berpihak kepada pelanggan.

Peguam Syarie berperanan membantu Mahkamah dalam konteks mengemukakan fakta, keterangan, bukti dan saksi yang diperlukan oleh Mahkamah untuk Mahkamah membuat keputusan yang benar dan adil.

Peguam Syarie menyelesaikan masalah yang berbangkit antara pelanggan dan pihak yang dipertikai melalui medium perbincangan atau mediasi tanpa melibatkan Mahkamah dan undang-undang sekaligus mencapai keputusan di atas persepakatan kedua-dua pihak yang mana keputusan sebegini lebih bersifat adil dan memuaskan hati semua pihak.

Konteks ‘win-win situation’ tanpa menafikan hak mana-mana pihak selalunya lebih baik dan menjimatkan masa dan kos kerana tidak melalui proses perundangan di Malaysia yang selalunya mengambil masa yang lama dan melibatkan kos yang tinggi.

Hubungi Kami

Alamat Pejabat:

No. 10-2, Tingkat 2, Jalan Opera D U2/D, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor

Telefon / WhatsApp:

012-326 7199 | 03-7846 2064 | 011-23030565

Borang Pertanyaan

Copyright 2023 All Rights reserved - Website HAKMILIK Nooraizan & Partners

Scroll to Top